VIDEO: Lelaki Disepak Kemaluan Sampai Terduduk Kerana Tak Nak 'Layan' Permintaan Kekasihnya


Beijing: Kerana berang dengan teman lelakinya yang tidak mahu membelikannya buah, seorang wanita bertindak nekad menendang kemaluan teman lelakinya berkali-kali sehingga lelaki berkenaan terjatuh.

Pertengkaran dilaporkan meletus selepas mereka yang dalam perjalanan pulang melalui sebuah gerai buah-buahan tempatan, dia dikatakan meminta teman lelakinya membelikan buah namun lelaki berkenaan membantah kerana buah berkenaan terlalu mahal.

Menurut pemilik kedai, pasangan itu bertengkar di hadapan kedainya dengan wanita itu menuduh kekasihnya itu terlalu kedekut.

Video berdurasi satu minit itu telah tersebar di laman sosial negara itu termasuklah portal QQ.com dan telah ditonton sebanyak 16 juta kali.

Lokasi kejadian tidak dapat dipastikan namun menurut seorang pengguna media sosial negara itu menyatakan kejadian dipercayai berlaku di bandar Nanchang.

Salah seorang netizen laman sosial berkata, “Saya bersyukur kerana masih single.”

Manakala seorang lagi menzahirkan turut sama merasa kesakitan dialami lelaki itu saat menonton video berkenaan.

Saya boleh merasakan kesakitannya dengan hanya menonton video ini,” tulisnya.

Dan seorang lagi berkata, “Wanita itu hanya minta buah-buahan sahaja bukannya beg tangan mahal,” luahnya.