Selalu Marah-Marah? Jangan! Bahaya Untuk Kesihatan

Selalu Marah-Marah? Jangan! Bahaya Untuk Kesihatan
Setiap orang pasti akan mengalami kemarahan. Kemarahan bukanlah sesuatu yang baik dan kesannya mampu membunuh secara perlahan-lahan.
Jadi, anda perlu mengawal kemarahan anda. Ketahui kesan buruk pada kesihatan jika anda selalu marah-marah.


Ketika anda marah, anda mungkin akan mengalami sakit kepala yang teruk. Kemarahan boleh menyebabkan sakit kepala.

Susah tidur

Ini pasti akan di alami jika anda dalam keadaan marah. Tahap hormon tubuh anda berubah dan kepala anda sibuk berfikir dan sukar untuk tidur.

Gelisah

Tentu saja, rasa gelisah dan cemas adalah kesan sampingan jika anda marah.


Masalah pencernaan

Apabila anda dalam keadaan marah, anda akan mengalami masalah pencernaan.


Masalah kulit

Kajian mendapati, masalah kulit boleh dikaitkan dengan kemarahan seseorang. Kemarahan boleh membahayakan kekebalan badan anda dan akhirnya timbul masalah kulit.

Tekanan darah tinggi

Apabila marah, jantung anda akan laju mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh anda. Ia akanmenyebabkan tekanan darah tinggi dalam jangka masa panjang.

Kemurungan

Kajian mendapati, mereka yang cenderung untuk marah setiap hari akan meningkatkan risiko untuk mengalami kemurungan dalam jangka masa panjang.

Serangan jantung

Pasti ramai yang tahu bahawa mereka yang marah akan mudah mendapat serangan sakit jantung? Jadi, kawal kemarahan anda untuk selamatkan jantung anda.

SUMBER:

NAKBEBEL