Detik Kelakar Sebuah Majlis Kahwin, Wanita Kongsi Kisah Tukang Buat Pelamin Sakit, Pakai Jubah Dan Tudung RM10



Setiap majlis perkahwinan ada kisahnya yan tersendiri, apa yang menarik, sesuatu yang 'rare' itu pasti amat susah dilupakan dan menjadi kenangan manis sampai bila-bila.

Sebuah kisah yang dikongsikan oleh Ezaura Rafe, kisah yang berlaku pada majlis perkahwinan dia dan suami, walau atas kertas dilihat tidak sempurna kerana tiada pelamin, namun apa yang terjadi sungguh menarik dan sudah pasti memang kenangan terindah dalam hidup mereka.

So cerita aku tahun 2016 ni di akhiri dengan bende-bende yang memang kelakar, sebab 31 December 2016 majlis resepsi belah lelaki yang memang tak tau nak kata apa.
Bermula dengan Pelamin takde. Sebab tiba-tiba orang nak buat pelamin tak sihat. Pening punya pening, Nasib baik mak metua ada lanskap yang ala-ala garden. tapi cantik lah atas tu pokok anggur. Jadilah, ambik kerusi kat umah mak, letak kerusi tengah2, amek sikit-sikit pasu bunga mak penuhkan kiri kanan lanskap tu. Mak pulak cuci lantai lanskap tu sebab ade taik burung. Adoi Gigih tak mak metua aku. hehe

Sebelah pelamin Garden kami tu orang rewang cuci pinggan kenduri. Tak kelakar tau tapi cantik je. Tengok jela gambar. HAHAHAHA


Dah pelamin pun yang hado! Kami decide tak payah pakai baju songket yang kteorg dah sewa tu. Kelam kabut beli baju! Pilih punye pilih, Aku serahkan semua kat suami, sebab nak cantik untuk suami kan, eleh! haha
suami pilih sendiri, dia tengok kat instagram brand Rina Salleh! (Kebetulan minggu depan nak shoot baju Rina Salleh, HAHAHA). Tapi dalam hati risau "orang kata" kawin pakai jubah biasa ni je? Ni nak pegi raya boleh la pakai macam ni. Ok kami decide akan pekak kan telinga. HAHA tapi dalam hati dup dap aih!

Baju tu kain biase je, takde blink2, mak metua cakap p boh swarovski diamond (tiruan punye). Suami gigih letak bende tu kat baju. Tudung kosong beli RM10 tambah lah blink2 tu. Semua suami buat. Aku? aku dok tepi tolong sikit2, sebab dia nak sangat buat. aku bagilah. hahaha



Pendang ke Sg Petani, Sg Petani ke Alor Star, Alor Star ke Pendang, Pendang ke Seberang Prai (Akhirnya beli baju pengantin perempuan), Terus ke Alor Star balik (beli baju lelaki). Settle Baju!
Bila pelamin tak ada, suami pandang dan berkata "makeup lah sendiri". HAHA Aku pun decide makeup la sendiri. Risau la nanti orang makeup tebal, sebab pakai jubah biasa je kannnnnn.
Meja makan? Oh baru teringat nak buat meja makan pengantin masa malam sebelum kenduri. 


Suami pegi beli kain semeter RM2.00 je, so kami sama-sama dengan mak, kakak dengan yang lain buat meja makan pengantin. Bila tengok meja pengantin yang asal tu memang yang hado! Tak boleh nak sambungkan kain kiri kanan dengan stapler sebab tu bukan meja kayu, tu meja besi. Jadi kami sambung dengan Peniti tudung. Jadilah cantik macam tuuu. Bila dah siap kurang bunga kan, bunga yang dah siap gubah RM25, adoi taknak beli! Bazir ah! jadi mak mertua korbankan bunga Orkid dia. hehe Maktam tolong gubah jadi cantik macam RM50 tauuu! 

Orkid mak nanti pali ganti eh mak. :*